Friday, 25 October 2013

Volunteering

Assalamualaikum..

Last Oct 20th, aku dan kawan2 jadi volunteer from UM for Adidas Run. Xyah lari pn just kene buat keje sikit je. The truth is aku dan kawan2 join sbb dapat elaun n free tshirt Adidas. Cool kan? Hehehe

Event ni berlangsung dekat Sunway Piramid. Keje kte org cuma jadi 'cheer leader' je kt situ. Bagi semangat dekat runners utk lari. Duduk tepi jalan n sorak je. Tapi ddk tepi jalan dari pukul 4 pagi sampai 11 pagi kowt. Giler lame!! Da macam anak terbuang pn ade jugak. Hahaha!

It was such a good experience. Selalu ingat larian ni just org ramai2 berlari je but it is more than we expected. Ade macam2 kerenah rupe nye. Ade yg lari xpakai kasut, lari pakai full set baju melayu sekali dgn sampin, pakai skirt n tanduk n macam2 lagi la. Ade yg bawak camera n took our picture, ajak join lari same2 dgn dorg, yg paling dasyat siap tarik tangan lagi 2 sebab nak ajak lari same dgn dorang. Ade foreigner yg ensem n respond to our cheer =P, yg dah give up tapi bile dengar kte org bagi semangat they continue their run, they looked happy bile ade org cheer utk dorang n many many many more. I really enjoyed my day there.

coursemates

King of The Road 2013

empty road filled by me 

guys from UM

while waiting for the race to start...

Friday, 18 October 2013

Memorable Holiday

Assalamualaikum..

Cepat nye cuti da habis! =(

5 hari cuti raye haji sekelip mate je da habis.

UM da bagi holiday so balik rumah spend time dgn family jela kan. Name je bawak notes balik rumah tapi bukak nye mase 1st day holiday jela. Haha


went to cinema to watch KL Gangster 2 with family 

Malam raye haji di I-city

1st time datang sini. Amazed sangat tgk lampu2 kt sini (eh2 sape mamat 2? macam kenal je???)


before pegi I-City jalan2 dulu photoshoot dekat Setia City Mall. Hehe

Penutup raye haji ajak kawan2 datang rumah sbb da lame giler xjumpe mereka2 ni. Adorable people =)

6 JARS

Assalamualaikum dear readers…


Just wanna share with u guys that I already started my 6Jars. It happened since the day 6Jars being introduced by abg mirul to all the ‘freshie’ during UYT session season 3.

Seriously 6Jars ni membantu kte uruskan duit. Aku ade masalah BESAR nak uruskan duit. I always spend more than I should. Name je ade bajet setiap bulan n list kan ape yg da blanje, tapi sume 2 xjalan pn. Still jugak blanje terlebih3! Lepas dengar kali kedua psl 6 jars ni, then I realized I should make a move.

Kalau dulu divide duit utk blanje 90%, utk simpan 10% je. Skg ni blanje harian pn da ade limit, n kalau nak shopping bli tudung ke ape ke kene cek dulu ad x lebihan duit ‘spending’ or ‘fun n play’ kalau cukup baru la boleh shopping. Besides that, blanje mkn ttp blanje, shopping ttp shopping, utk eduation ttp blanje, simpanan utk future still ade, tapi utk ‘give’ still ade. ‘Give’ utk derma amal kebajikan or bagi parents ke still ade. But actually I want to give my money to my grandparents at the village. Mereka lebih memerlukan compared to my parents bcz my parents they both are working.

For those yg mengalami masalah nak uruskan duit(boros!) macam aku, aku nasihat kan plz follow the 6Jars rules. Sekarang kita bersenang2 sbb dapat duit dri scholarship n ptptn but later on we might be regret.


My 6 Jars (xjumpe jar so gune envelope je)

Sunday, 6 October 2013

UYT Season 3

Assalamualaikum..

UYT Season 3 was AWESOME!!! The new batch is AWESOME!!

Aku skg da jadi RSS(Real Sahabat Seru) utk 2nd batch which mean kene jadi coach utk new batch. I was chosen to be the coach for 6th group and Fasya is my partner. Among the 10 groups formed alhamdulillah aku dapat group yg sgt3 awesome. Mereka menamakan group mereka Star Infinte n Aqilah volunteer herself to become the group leader.

After we did some activities there, aku boleh nampak yg sume ahli group aku dpt memberi kerjasama n mereka sangat interested n excited utk join program ni. At first group aku cme ade 10 members je, temasuk seorang lelaki but then lagi 3 org baru dtg program 2. Kak elin suruh dorang join group aku so total 13 members in my group. Fuhhh!! ramai nye! Boleh ke nak handle?? I BELIEVE I CAN!!

At the end of the session we managed to get the highest score. Good job guys! Ni yg buat lagi semangat nak jadi coach dorang. But then 1 chinese girl tarik diri from joining dis program bcz she has other commitment. Sbb program ni mostly ari sabtu n clash dgn latihan softball dye so she decided not to join dis program. Wuu sedih nye awal2 lagi da kurang 1 member. So far yg confirm 12 members utk group aku. Group member yg plg ramai so far.

Our next session is on 23rd Nov. Sblm date 2 aku akan buat 1 perjumpaan group utk kenal mereka dgn lebih dlm n utk bagi taw mereka knpe mereka kene join seru dan jadi RSS mcm aku dan kawan2. Misi aku nak jadi kan group aku THE BEST GROUP n get recognized on stage during MHS. Best group maksud nye all the members are the best among others. InsyaAllah.. Amin.. =)

Coaches-Me n Fasya

My coachee

Star Infinite's members

Thursday, 3 October 2013

Student's Tips



STUDENT'S TIPS




:: TIPS BELAJAR for MUSLIM STUDENT! ::

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.


Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita.

3) Kembalikan cas-cas positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasa putus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada ‘salafus soleh’ terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema’ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembali, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudah apabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

……………………..……………………..………

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

Monday, 2 September 2013

Tips Murah Rezeki

Assalamualaikum..

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca..


Sunday, 25 August 2013

Lumrah Kehidupan

Assalamualaikum..

Minggu ni xbanyak activity yg aku buat. Cme dis week bz sikit susun jadual utk sem 3. Pening betul la haii. Baru fail 1 subject da effect sume. Xpe2, saba jela. Nak blajar mmg susah pn kn. So selain tu aku ddk rumah buat keje rumah n bace buku pape yg ptt, tgk tv 2 wajib n macam2 lagi la. Haha! Kalau kluar pn pegi jog je.

So dis week aku nak share bende yg bermanfaat yg aku ambik dri fb. Ade bnyak tapi ni antara nye la. Skg ni alhamdulillah fb aku banyak la jugak psl motivation n agama. So bile bukak fb 2 xde la buang mase bace status mengarut je. Hoho! Well fb boleh dijadikan medium utk berdakwah sbnr nye.

Sentuhan Prof Dr Muhaya, petikan dari Buku Biografi Inspirasi Prof Dr Muhaya..

..Tidak ada manusia yang tidak ada masalah kerana dunia ini bukan syurga. Hanya di Syurga tidak ada masalah. Tugas kita ialah apa respons kita terhadap masalah. Menjadi kewajipan orang beriman untuk tahu hikmah di atas segala masalah..


yela kte ni kan kalau ade masalah bukan main lagi beserabut, mengeluh dan macam2 lagi la. Tapi kte lupe hakikat bahawa bende ni adelah lumrah. Ia akan membuatkn kte lebih dewasa. Selain tu masalah jgk akan membuatkn kte mendekatkan diri dgn Allah. Bukan itu sahaja, dugaan yg kte alami akan menaikkan darjat kte di sisi Allah. InsyaAllah..

Tuesday, 20 August 2013

Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri

Assalamualaikum..


Aduhh cepat nye mase berlalu.. Sekejap je dah hari selasa, 13 syawal. Last week pny blog baru nak update harini. Haha! Straight to the point aku nak share ape yg aku buat last week yg bz sangat sampai xsempat nak update blog. Last Thursday aku g open house rumah mak angkat dekat bangi. Jauh aku g beraye kan. Haha!

Hari jumaat, aku plak buat open house. Hari khamis, lepas je balik dari open house around 9.30pm baru sampai rumah, rehat jap then terus tlg mama n baba prepare makanan utk open house esok nye. Pukul 2.30am baru tido. Baba lagi la dekat subuh agak nye baru dye tido. Then after subuh mama n baba terus sambung buat keje n aku tlg agak lambat sikit la. Huhu! Last dish done at 2.15pm. Tetamu first yg dtg ialah kawan2 tempat keje baba. Penuh jugak la rumah aku yg kecik ni. Then ptg sikit kawan2 adik aku plak dtg. Pun penuh jugak rumah. Lepas 2 adik beradik mama n then adik beradik baba. Last guess ialah kawan2 aku. Close house at 1am. Fuhhhh!! What a tiring day!!



MENU 
bihun sup, soto, nasi briyani, kari ayam, dalca, lemang, rendang ayam, mee goreng, nasi impit, kuah kacang, kuih ketayap, roti jala, kek, buah-buahan

*semua ni masak sendiri kecuali nasi briyani, kari ayam, dalca, lemang, kek dan buah-buahan*

Last Saturday, seharian kemas rumah gara2 open house semalam. Then waktu malam lepas mama balik keje terus g open house rumah pak ngah. In short, last week adalah minggu open house. Makan makan dan makan! I’ve gain weight! So semalam me n my friends decided to go for a jog at titiwangsa. Errr baru lari 1 round setgh da pancit n xlari dah. Haha the worst thing was after jog dorang ajak g breakfast dekat mamak. Ade ke makanan yg kurang calorie dekat mamak??? Errrr so aku order la horlick suam, n 2 half boiled eggs. N dorang makan ROTI CANAI! Baik xpayah jog! Typical Malaysian! -,-

Dalam kesenangan selain bersyukur kita kene ingat bahawa terdapat ramai org di luar sane yg berada dalam kesusahan. Terutama nya mereka yg berada di Mesir. Apa yg kita buat utk bantu mereka?? Adakah dgn membincangkan isu mereka yg berada di Mesir dapat membantu mereka?? dapat membantu mereka yg susah di luar sana?? Bantu lah mereka wahai hamba Allah sekalian dgn cara bersedekah dan berdoa. InsyaAllah nikmat kita tdk akan berkurang malah semakin bertambah. InsyaAllah.. 

Tuesday, 13 August 2013

Syawal Kini Menjelang

Assalamualaikum..

Seminggu sudah syawal berlalu. Baru arini berkesempatan menulis blog. Seperti biasa aku sekeluarga akan menyambut Aidilfitri di kampung halaman bersama tok dan tok wan aku. Waktu raye ni jela yg dapat jumpa mereka. Termasuk tahun ni sudah 5 tahun aku sekeluarga menyambut lebaran di Seberang Perai, Pulau Pinang semenjak nenek sebelah bapa aku meninggal dunia.

Tema tahun ni warna kuning. Tapi xsemua adik beradik mak aku pulang beraye bersama nenek aku tahun ni kerana tahun ni giliran mereka beraye di rumah mertua. Tapi alhamdulillah masih tetap meriah seperti setiap tahun. Aku pulang beraye 2 hari sebelum lebaran dan pulang semula ke KL pada raye ke-3.

Duit raye? Dah besar so dapat duit raye dari makcik2 sedare dan parents jela. Tapi aku tetap bersyukur drpd xdpt lgsg kan. Tahun ni duit raye ngam2 dapat rm100. Aku sampai KL ari sabtu lepas pukul 8.10pm. Balik 2 je terus layan bola Malaysia VS Barcelona. Da lame jugak aku xlayan bola sebenar nye. Tetbe je terlayan malam 2. Hahaha! Hari ahad pulak aku spend time dgn family. Dan semalam, isnin, aku sebok buat kerja rumah dan tlg masak. Waktu malam aku keluar dgn kawan aku pegi Midvalley to watch movie, Percy Jackson. Wangsa Walk penuh giler so tepakse la berubah arah ke Midvalley. Nasib pegi awal dlm 8.15pm. 2 pn ambik tiket pukul 10.15pm baru dpt sit yg best. Tiket yg awal2 sume ade sit depan je. N pukul 10.15pm semakin ramai org beratur nak beli tiket wyg. Bese la org still cuti raye lagi kn. Ok 2 je activity aku dis week. Salam =)

Sunday, 4 August 2013

Akhir Ramadhan

Assalamualaikum...

Di penghujung ramadhan ni kita kene muhasabah diri. Ape yg kita dapat sepanjang bulan ramadhan dan ape perubahan pada diri kita. Sedangkan bulan ramadhan syaitan terikat amalan kita banyak ni tambah pula bila syaitan dilepaskan. Setiap benda yg kita buat haruslah mendapat redha Allah. InsyaAllah...


Sedikit kata2 Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah..

Antara pesanan Saidina Ali RA : Di Hari Raya, usahlah sibuk nak pamer baju baru, tapi mari pamer perubahan baru yg Allah redha. Mari kita fokuskan pemikiran & kaji apakah perubahan yg akan kita lakukan pd pagi Raya nanti. Moga Allah mudahkan usha kita. Aamiin, wassalam.


Imam Hanbali

Assalamualaikum...


Minggu ni aku bace sebuah novel mengenai seorang tokoh sejarah. Ape yg aku boleh katakan adalah beliau seorang yg hebat.

  • Seorang yg rendah diri. Walaupun ditawarkan jawatan tinggi beliau tetap menolak. Selain itu, harta yg dihadiahkan oleh khalifah kepada beliau, beliau gunakan harta itu utk disedekahkan kpd fakir miskin. Sikap ini juga dpt dilihat apabila beliau dlm perjalanan pulang ke rumah setelah dibebaskan dari penjara. Beliau singgah di masjid utk bermalam di situ tetapi dihalau. Beliau tidak memberitahu org itu yg beliau ialah Imam Hanbali tetapi akur dgn arahan itu. 
  • Berpegang teguh kepada fahaman ahli sunnah wal jamaah. Diseksa selama bertahun2 dalam penjara dan diugut hukum bunuh sedikit pn tidak menggentarkan beliau utk merubah fahaman beliau kpd fahaman muktazilah.
  • Kuat beribadat. Beliau solat 300 rakaat setiap hari, menghafal quran sejak berumur 14 tahun, menghafal 700 000 lebih hadis. Walaupun berada dalam penjara dan diseksa beliau tetap kuat beribadat. 
  • Berjasa. Mengeluarkan kitab Al-Musnad iaitu diambil drpd 40 ribu hadis sahih yg beliau pilih. 
  • Bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Merantau ke negara2 lain utk menuntut ilmu. Kahwin lambat kerana mahu menuntut ilmu.

Kata2 seorang Arab Badwi kepada Imam Hanbali semasa beliau dlm penjara, "jika engkau dibunuh maka engkau mati syahid, dan jika engkau selamat maka engkau akan dipandang mulia". Kata2 ini yg membuatkan beliau terus bertahan dlm penjara.


Banyak lagi sebenar nye yg dpt dipelajari dlm sebuah novel yg nipis ni tapi yg dinyatakan kt atas 2 adalah antara nye. Reading, hobi baru masa lapang. 




Sunday, 28 July 2013

Met Old Friends

Assalamualaikum..

Last Saturday jumpa member2 yg dulu study dekat Asasi, Puncak Alam. Yela aku kan budak Palam (puncak alam). Lame xjumpe dorang. But I only managed to gather 5 orang je temasuk aku. 3 org doctors n 2 org study engineering. Sorang study medic dekat India, sorang lagi study medic dekat UPM. Listened to their stories nampak la dorang ni really success in their studies. Xmacam aku, tambah2 lagi result sem 2 ni, pathetic! Tapi xpela aku anggap ni macam wake up call utk aku study betul2 sem yg akan dtg. Wish me all the best!


Assasian D4, Puncak Alam

Me, Ila, Helmi, Halim and Afif

Sunday, 21 July 2013

Kesilapan Dalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian dari fb Ustaz Don Daniyal



Aktiviti Semasa Ramadhan

Assalamualaikum...

Again, aku lambat tulis blog. Haha! Screw me! Sebenar nye xde idea nak share ape dis week. So i just check out my friends' blog. First time visit blog org. 1st: blog dorang sangat cantik; 2nd: some of them ade banyak cerita menarik yg dikongsikan; n 3rd: some of them also sangat manfaat kan every second in their life. Setiap bende yg dye buat ade je lesson behind that.

So I guess it's not too late for me utk berubah. Tapi 2 la aku ni selalu hangat2 tahi ayam je, mula2 je semangat nak berubah lepas tu back to perangai dulu. Dan aku jugak jenis macam pahat dengan penukul, bila disuruh baru la nak buat. Susah jugak nak ubah habit ni. Tapi aku slowly berubah, mula dgn mengaji after every single solat fardhu n buat solat2 sunat. InsyaAllah..

Well lets just straight to the point. Last tuesday aku teman kawan aku pegi shopping raya. Teman je, baju raya aku da beli sunday last 2 week. The highlight of the outing is bila nak balik we faced hectic traffic! Nak xnak kene jugak facing busy traffic tu sbb nak kene balik before berbuka. Paling teruk mase dekat 4 junctions. Ade traffic light pn macam xde je. We stucked there! Then one of my friend did the crazy thing. Dye bukak radio channel India, turned up the volume dan bukak sume tingkap. Ok mmg rase nak menyorok bawah kerusi kalau muat. Of course all eyes on us. Tapi alhamdulillah sempat sampai before azan maghrib.

The next day I had iftar with my closest friend. Lame xberbual dgn dye. We really had a great time together. Banyak betul dye beli juadah utk berbuka. Emm membazir sebenar nye sbb at the end xabh pn n aku yg kene bawak balik rumah.

My closest n craziest bestie
Sabtu lepas pulak aku lepak dgn kawan2 aku kt sini. Dah berbulan2 xjumpa sbb sume busy dgn study masing2. Lepak dari lepas terawih sampai la sahur. Lepak dekat kedai makan belakang rumah aku je sbb yg lain pn rumah area situ jugak. At first da nak balik mase pukul 1 lebih but then my friend, Pinat, kempunan sangat nak makan McD. Kata nye nnt balik U xdapat makan dah n dekat sana susah nak keluar. So yg lain ni pn join jela. We went to McD Taman Melawati by motorcycles, 3 moto pegi sane. Elok2 dekat boleh pulak tersesat sampai nak ke UIA. Haha! Tapi before pegi da mintak permission my dad n he allowed me to go. So sampai rumah around 4.15am. 1st time sahur dgn dorang.

Awesome sahur

Dalam suka mesti ade duka. Aku agak terase dgn kata2 seorang rakan aku ni. Dye mengutok aku sbb ambik herbalife. Kata nye bende 2 mahal sangat. Dan paling aku igt dye ckp dye akan buktikan kt aku yg dye boleh kurus without taking herbalife. The thing is I never ask him to take herbalife! Pelik betul perangai manusia sorang ni. Sabar jela.

Semalam, again 1 family pegi cari baju raya. Tema tahun ni warne kuning. Ala2 keluarga diraja gitu warne kuning. =P

Juadah berbuka prepared by dad. Tq baba!
Well, I just realized yg aku ni minat fashion. Org Sanguine la kate kn, suke spotlight. Kaau da xde cerita yg best for sure aku akan bukak E! channel. I like to see beautiful woman wearing beautiful dress n men in their tuxedo. Maybe bcz of this I have a good sense in fashion. Aku suke pakai cantik2, warne color blocking n when ever people ask me what should they wear, aku akan match kn nice clothes they have or i'll definitely ask them to buy new clothes if they have nothing nice to wear. Haha! Jahat kan? N of course I love shopping! Tapi xselalu shopping sbb duit kene bajet2 utk studies. Besides, aku jugak suke tgk channel 727 which is a food channel. Suke try different dishes n suke the process of cooking. I know im a weirdo =D

Great Body, Beautiful Dress!

Angie, her look never disappoint me
Only if u have a great body, u can wear everything u want. 
U'll look fabulous!!
But these are not for muslim ok. Takenote!
*xnak gemok plz!*

Monday, 15 July 2013

Work Hard!

Assalamualaikum...

Masuk minggu ni da 2 kali lewat update blog. Maklumlah bile ddk rumah ni weekend selalu bz. Bz spend time dgn family je pn. Hehe! Sepanjang minggu lepas tak banyak aktiviti yg aku buat. Cuma da masuk bulan puasa ni waktu malam pegi terawih jela. Last week lecturer dah keluar kn result mengikut subject yg mereka ajar. As I expected, result sem ni sgt2 teruk! Sangat berbeza dgn result sem lepas. Paling menyedihkan kene repeat 1 subject, subject yg paling aku xminat lecture nye. Tapi aku tetap redha dgn result yg aku dapat. Ape yg aku usaha kn ni la yg aku dapat. Kawan2 yg lain pn majority result drop jugak sem ni. Subject sem ni mmg agak tough pn compare dgn sem lepas. Takpe, belajar dari kesilapan. Next sem belajar betul2 dari awal sem sampai la nak final exam. Kene usaha betul2 utk cover balik result sem ni.

Sepanjang minggu lepas jugak aku cuba menarik beberapa org kawan aku utk join herbalife ni. Ada yg berminat tapi masih xconfirm lagi. Takpe2, aku akan usaha lagi sungguh2. Last Saturday, aku pegi setiawangsa for Herbalife Distributor Training. Kali ni baru la aku taw cara sebenar nak menjual herbalife ni. Sangat best! Tapi masalah nye kalau nak buat business ni perlu kan bajet utk beli extra product herbalife n kene beli penimbang electronic(tanita). Utk beli extra product 2 mampu lagi la nak beli. Tapi nak beli tanita 2 susah sikit la sebab agak mahal harga nye. Yg Kak Elin n Abg Mirul beli 2 pn harga nye almost RM500. Adoy!! So skg ni tgh pikir mcm mane nak dapat duit utk beli penimbang 2. Lepas dah beli, penimbang dah ade, skill menjual pn dah ade so boleh la buat business besar-besaran. Hehe! Yela nak cari duit lebih utk belajar. Nak harapkan PTPTN je mane la cukup kn. InsyaAllah ade rezeki ade la 2 kn. Yg penting usaha je. Gambateh!

Plz ignore ayat dekat atas n dekat bawah pic ni. Malas nak photoshop. Copy paste je! =P

Saturday, 6 July 2013

They Make Me Happy


Assalamualaikum...

Saturday July 6th, last week on saturday mama brought us to Seoul Garden. 2nd time makan kt situ. 1st time baba belanje but dis time baba didnt follow us bcz he need to work. 
Seoul Garden, Festival City

Khamis lepas me n sis went to cinema at Wangsa Walk mall to watch Despicable Me 2. What a great movie with cute minion character! The minion is so adorable. That's the highlight of the movie though. 

The Minion
On friday (yesterday), I accompanied my aunt to Sogo card day. Kene teman aunty shopping lame giler kt sane. Dengan org ramai giler kt sane! Nak jalan pn ssh. Most of them are malay people. Emm shopping utk raye kowt. Almost 7 hours there. 7 hours there n I only bought a purple jeans. The rest aunty yg shopping. Thank God I didnt pengsan there, almost but not yet. There will be no next time! This is 1st n last EVER! 

The rest of the day in dis week, I mean like today, as usual woke up in the morning, kemas rumah, watch movie, read novel, meet friends, makan n tido. Buang mase je sume 2. But what else I can do?! Talk about friends, mase aku kt kolej tgh exam bukan main lagi suruh cepat2 balik sbb rindu lame xjumpe. But now, I'm here but they treat me like I didnt exist. Dorang g lunch same2 but never bother to ask me out. Hmm I did sometime feel left out by them. There's reason why sometime they treat me that way. The reason that I cant never tolerate with. Ape2 pn they still my friend. Biasa la dlm persahabatan kene ade tolak ansur dan sabar. 

Sunday, 30 June 2013

Life After 1st Year Degree

Assalamualaikum...

Ni blog utk last week. Baru arini ade mase nak tulis blog. Lat week Isnin sampai Khamis bz dgn exam. Last paper aritu paper math. I'm not done it very well. Soalan senang mcm dlm tutorial n notes tapi mase yg xsempat. Ramai jugak yg complain mase xsempat. Disebabkan aku gelabah mase xsempat aku buat dgn tergopoh-gapah. Hasilnye banyak la careless mistake. Bende senang pn xjawab. At the end, I only manage to answer correctly about 20%. The rest xsempat n xdapat jawab. So sad :( Math is my favorite subject. Selalu jawab paper math ok je. I dont mind if I didnt get flying colors for math but at least boleh jawab sepuas ati. But this time rase mcm main2 je jawab. Sikit pn xpuas ati. Hmm xpela. Setiap yg jadi ade hikmah nye kan =)

Lepas jawab paper math paper mmg rase nak nanges. Some of them pn mcm aku jugak, kes xsempat jawab. But then dorang ajak keluar pegi Mid Valley tgk cte Monsters University. At first I refused to go but then kalau balik bilik pn da la tinggal sorang. For sure ddk sorang2 dalam bilik aku akan nanges. So I decided to join them rather than sitting alone dekat kolej tu. After watch the movie, aku da boleh terime kenyataan pasal paper math tadi. Let by gone be by gone.



Malam after watch the movie around 11pm, mom n dad came to pick me up. So good to be home =). Balik2 umah je malam tu jugak aku start unpacked barang. I took 3 days to finish unpacked. Plus, aku bz jugak buat keje2 rumah cz mom n dad are working n my sis bz sebab dye nak ambik SPM dis year.

But I dont want to spend my 2 months holiday only by doing homework. I have other plans too. Puasa dah nak dekat, so bulan puase ni kalau boleh everyday nak pegi terawih n nak topap amalan kebaikan. Besides, I want to read more books during dis holiday, join Kelab Sihat Kita, active in Herbalife business, meet friends, spend time with family, learn how to cook n help my sis in her studies. So far tu jela plan aku.

Talk about Herbalife, aku start minum hari ahad minggu exam last week. I can feel the different. Lepas minum mmg rase fresh. N xyah susah2 nak pikir nak breakfast ape waktu pagi. Up until now aku still minum. Mama xyah ssh2 nak pegi tapaw roti canai, nasik lemak or anything sort of that. My sis sgt bz dgn tusyen dye. So she's not even bother about her meal. My dad, anything can janji dye kenyang. Hahaha!

After dis holiday I'm no longer a Niner (9th college resident). But I hope our friendship stay strong, we still share stories and problems. N I hope I'll meet good friends in 11th college. N Of course, I'm gonna miss my exroommate, Hani.


Me and Hani 

My family in UM


Friday, 21 June 2013

Try Different Thing

Assalamualaikum...

Alhamdulillah 3 paper da lepas, so tinggal lagi 4 paper direct from 24-27 june. Tak saba nak habis! Kolej pn makin sunyi sebab ramai yg da balik. Untung laaa... Takpe2, perjuangan harus diteruskan. Gambate2!!

Good news! dapat call yg menyatakan bahawa rayuan aku nak masuk kolej 9 accepted. Wuhuuu! =D
Seronok tak terhingga. So utk sem 2 ni kene la be more active dalam activity kolej. Tapi ade member yg active giler activity kolej pn xdapat jugak. Masalah system kowt. Yg best nye ddk 9th ni sebab da kenal ramai org so takde la rase macam stranger.

Last wednesday (19th june), aku join Kelab Sihat Kita by Abg Mirul dan Kak Elin di Setiawangsa. Join sbb da bosan ddk bilik n nak try something new. Make friends, gain experiences. Should start at 8.30 until 9.30pm tapi semua excited sgt 2 la habis lambat. Susah payah datang sane dari UM, naik bus, jalan kaki, n go through all the 14 stations by LRT tapi alhamdulillah sgt berbaloi (wlpn musim exam =P). Kelab ni mmg nak bagi semua ahli dye sihat2 belaka. Dtg2 je terus kene timbang berat. Hahaha!

Selain drpd tau about ur body n how to take care of our body, kelab ni jugak ade buat activity outdoor. Paling best semua ni FREE! Hohoho! Kak Elin jadi chef utk malam 2 buat minuman SHAKE utk semua org. Sangat sedap! Da la sedap berkhasiat pulak 2. Sampai kenyang minum air 2 je. Abg Mirul dan Kak Elin suggest kte org beli air 2 n aku rase sgt perlu kan pn air 2 sbb utk breakfast. Selalu breakfast entah ape2 je n sometimes tak breakfast pn. Yela breakfast yg berkhasiat kn penting utk bagi kte energy. Plus, ssh nak dpt makan makanan berkhasiat setiap hari. Minuman ni jugak boleh buat kte become more energetic, sesuai utk org yg tgh exam ni! So I decided to buy 1 for me n 1 for my mum. Sebab mama ade masalah kesihatan sikit so maybe she should try other alternative instead of just take pills. After this nak hasut ayahanda ku plak utk minum shake ni =P. Hope mama akan back to normal n aku akan jadi lebih bersemangat, takde la asyik tido je -,-
Herbalife-chocolate shake
So yummyy!! =)

Thursday, 13 June 2013

2 Down, 5 More To Go!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah 2 paper da lepas n berjalan dgn lancar. Takde ape2 perkara yg tdk diingini berlaku. Dan aku dapat jawab dgn tenang walaupun ade soalan yg tak dapat jawab =D. Ape2 je keputusan yg aku dapat same ade ok or tak aku akan redha. Sebab aku da berusaha sungguh2 so tinggal redha n tawakal je. Harap2 paper yg akan dtg ni pn berjalan dgn lancar, takde perkara buruk yg jadi.

Dah 2 paper yg lepas ni dua2 paper pukul 8.30 pagi. Takut pny pasal nak ambik paper vibrations n waves pagi ni, tido pn tak lena malam tadi. Tido 2 jam je tu pn sebab otak da jam. Hoho! Lepas paper baru la dapat tido dgn lena. Gap 2 hari then paper principle chemistry. Chemistry, I'm sooo bad at it! Usaha tangga kejayaan! yeahhhh! 

Malam ni ade dinner AJK MPS2, which is me one of them! Makan time! Plus, rindu nak jumpe dgn budak2 tu walaupun duduk 1 kolej. Hahaha! When talk about niners, im gonna miss them. Cz after this im no longer one of them. They really surprised about this news. But I believe Allah prepares something better there for me. I'll become Kuaz's member. Meet new people, new environment :)

Thursday, 6 June 2013

Study! Study! Study!

Assalamualaikum...

Sepanjang seminggu study week ni aku duduk dalam bilik je dan study! Study week betul2 ubah aku drpd kuat tido kpd kurang tido. Selalu nye petang2 mesti nak tido at least sejam tapi disebabkan risau banyak lagi tak study maka dari sejam menjadi 10 minit. Itu pn sebab otak da tepu sangat!

Alhamdulillah kawan aku yg 2 orang tu da mule tunjuk kan berubah. Lebih serius study berbanding haritu. Sorang tu macm pahat dengan penukul. Kene suruh study baru la nak study. Nasib la bila disuruh study dye study kalau da suruh pn tak nak dengar cakap tu aku da tak boleh buat ape la. Start study week ni setiap malam kite orang study same2. Memang kite org jenis tak boleh study dekat bilik sebab nanti confirm nak tido awal. So bile study dekat bawah tu even mengantuk pn kene tahan jugak sebab takde tempat nak tido. Hahaha! Kalau mengantuk sangat tido dalam 10 minit lepas tu da fresh sambung balik study. Paling lewat pn study sampai pukul 2 pagi je. Yela tido pn penting jugak kan.

"Pagi study giler2, malam nangis giler". Aku terbaca ayat ni yg salah seorang kawan aku post di FB. Ape yg dye maksud kan ialah bukan study tu yg bagi kite kejayaan tapi Allah. Usaha tu cume step n medium utk berjaya je. Di samping kite study giler2, kite kene mintak dekat Allah giler2 jugak. Kata2 dye buat aku tersedar. Sebab sepanjang study week aku terlalu memikirkan study sampai da tak ingat bende lain. Ingat Allah waktu solat je. InsyaAllah aku akan cube ubah drpd berpengang dgn kate2 'Allah menjanjikan kejayaan bagi org yg berusaha' kpd 'pagi study giler2, malam menangis giler2'.

cepat la habis!!! =(

Monday, 3 June 2013

Chaiyok2!!

Assalamualaikum...

Hari jumaat lalu sampai ahad aku ade family day di Cherating. Sempat juga kami sekeluarga singgah di Bukit Tinggi. Walaupun dah nak exam tapi aku tetap nak pegi sebab kate org peluang hanya datang sekali. Macam2 pengalaman baru yg aku dapat di sana. Hujung minggu yg sangat menyeronokkan! =)

Bukit Tinggi =)


Pagi selase ni nak atau tidak aku kena menukar mood happy tu kepada stress sebab cume tinggal 7 hari sebelom exam tiba. 7 subject kene cover dalam seminggu. InsyaAllah aku akan gunakan seminggu ni sebaik mungkin. Walaupun aku kurang yakin nak score subject sem ni tapi aku akan usaha jugak. Bak kata kawan aku, 'ada usaha ada ganjaran nya'. Dan aku jugak ingat 'Allah menjanjikan kejayaan kpd orang yg berusaha'. Walaupun hujung minggu lalu aku sia2 kan tapi masih belom terlambat utk berubah dan berusaha, 'I will make time!'.

Tapi aku agak sedih bila 2 orang kawan baik aku study sambil lewa walaupun dah masuk study week. Ade yg masih lagi tengok movie, keluar jalan2 dan mcm2 lagi. Bagi aku mase sangat berharga study week ni. Nak tido lame pn rase bersalah takut2 tak sempat study mcm yg dah di'plan'kan. Aku dah cuba mendesak mereka utk belajar bersungguh2 tapi sapelah aku utk memaksa mereka dan sapelah aku utk mereka mendengar cakap aku kan. Aku harap mereka cepat sedar sebelom menyesal. Aku sentiasa berdoa agar aku kuat semangat dan sentiasa berusaha bersungguh2. InsyaAllah...

Berita baik aku dapat kolej utk tahun depan. Berita buruk, tapi kolej 11 bukan kolej 9. Hmm susah nak sesuaikan diri dekat tempat baru. Aku tak nak pisah dengan kawan2 aku dekat kolej 9 ni. Bagi aku penduduk kolej 9 ni da macam 1 family. Aku selesa dgn keadaan di sini yg tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Masih memikirkan utk pindah ke kolej lain atau tidak menetap di kolej utk sem depan.

Monday, 27 May 2013

What to do this Ramadhan?

Assalamualaikum...

Hints & tips:

> Renew your connection with Allah's Speech. Try to understand the meaning.


> While fasting don't just abstain from food & drink, but majorly from sins.


> Plan for itikaaf.


> Work on some inner self improvement program. 


> Be generous. Cough up some cash for worthy causes. Building a mosque, funding some dawah event, helping a deprived person?

Week Before Final Exam

Assalamualaikum...

Dah 2 minggu aku xtulis blog. Blog kali ni sepatutnye aku tulis minggu lepas tapi hari ni, Selase baru berkesempatan nak tulis. Cadang nye weekend lepas nak start study tapi keadaan tak mengizinkan. Demam menghadkan semua keje. Sepanjang aku demam aku hanya mampu tido dan bangun solat sahaje. Apabila aku beritahu mama, mama mengambil keputusan untuk mengambil aku bawa pulang ke rumah. Bukan kali pertama perkara mcm ni terjadi tapi dah banyak kali. Ternyata pulang ke rumah adalah 'ubat' yg paling mujarab buat aku. Mungkin jugak sebab duduk dekat kolej terperp je dalam bilik dgn udara luar tak masuk jadi punca aku demam. Disebabkan tu aku tak study betul2 weekend lepas. Tapi alhamdulillah demam aku tak berpanjangan. Thank you mama! 

Minggu ni minggu terakhir lecture sebelum study week. Berbeza dengan sem lepas dan mase aku dekat asasi dulu. Usaha aku makin berkurang walaupun exam hampir tiba. Mungkin sebab aku sudah jemu dan sudah biasa dengan keadaan seperti ini. Kalau dulu mase SPM dan asasi aku bertungkus lumus belajar dari awal hingga akhir sebab nak improve result dan nak masuk universiti. Tapi sekarang aku rase aku sukar nak capai  result yg cemerlang sebab pelajaran yg diajari tidak tercapai oleh akal fikiran aku. Aku sudah cube tapi ia diluar jangkaan aku. Dalam erti kata lain sebenar nye ia susah buat aku. Bukan lah beerti aku give up tapi aku tidak meletakkan harapan yg tinggi utk result sem 2 ni. Cukup lah lulus dan sangat bersyukur kalau dapat 3 pointer. 

Weekend ni pula aku terpakse ikut pegi holiday family besar keluarga bapa aku. Semua orang hadir dan tiada alasan utk tidak pegi. Tak pe lah ni last aku bersuka ria, lepas ni aku akan terkurung utk sebulan. Aku berharap dan sentiasa berdoa agar aku tetap berusaha bersungguh2 sampai menara gading. Doakan aku ye! 

Bye. Assalamualaikum =)

Friday, 10 May 2013

Last Coaching Session

Assalamualaikum...

Finally coaching session berakhir dengan tajuk Wrap-up Session. Unfortunately coach harif n akmal tak dapat join sebab bz dengan urusan masing2. But still teruskan coaching session ni dengan azeeda since esok adalah wrap-up session with abg mirul n kak elin. Drpd yg azeeda cakap sikit2 pasal esok, wrap-up session mcm sanagt2 interesting. Takut dan tak sabar pn ade rase nye. Ape yg aku nampak bile tak ade lelaki ialah dorang macam lagi selesa. Malu agak nye kalau ade laki. Seorang demi seorang berkongsi ape yg mereka peroleh drpd sepanjang coaching session. Overall semua nye menunjukkan perubahan yg positive dan ape yg mereka dapat drpd aktiviti ni termasuklah diri aku. Walaupun coaching session ni cume buat dekat KPS tapi we really had a great time together. Bile ingat balik mase 1st coaching dulu semua nye kaku n malu2 je. Tapi boleh nampak perbezaan 1st dengan last coaching. Semua nampak makin selesa dan confident utk berkongsi cerita masing2. Selain tu, kami jugak share tentang problems n ape yg jadi utk minggu ni. Setiap minggu pn bile ade homework n test aku akan sangat stress. Aku mengalami masalah utk jawab soalan2 2. Bagi aku semua soalan utk semua subject sem ni sangat susah. Belajar basic tapi soalan tak ade dalam notes. Macam yg Dr Rustam cakap, physics senang je. Ade 2 perkara yg menyebabkan bende ni susah, 1st; sebab kurang basic mean basic tak cukup power n 2nd; sebab someone 2 tak cukup pandai. Tapi aku adalah kedua-dua nye. Aku memang tak cukup pandai dan kurang basic =( . Tapi aku yakin pada suatu perkara bahawa Allah menjanjikan kejayaan kepada orang yg berusaha. InsyaAllah...

Thursday, 9 May 2013

How SERU Has Changes My Life?

Assalamualaikum...

Honestly sangat banyak yg aku dapat dari SERU ni. Below are the list ;

1) Planner : aku sangat bersyukur sebab taw wujudnya planner ni. Aku ni jenis yg pelupe so aku kene catat setiap bende yg aku kene buat. B4 ni tulis dekat sticky note je kalau ade pape bende yg kene buat but now i write everything in my planner. Contoh nye macam homework n test. Aku akan tulis in my planner bile date kene anta homework n  bile ade test. So aku akan pastikan aku dah bersedia sebelum date2 tersebut. Bukan tu je, aku jugak catit birthday org, temujanji n much more. Alhamdulillah, I am now become more organised than before.

2) Financial List : 1 file ni aku buat utk catat kewangan aku. Duit keluar dan masuk. Maklumlah kalau tak buat mcm ni tak taw berape duit yg dah gune. Taw2 je nnt duit da habis. Dari catatan ni aku taw berape yg aku dah gune n akan belanje ikut limit sebulan yg aku tetap kn. Tapi kadang2 ade jugak la yg terlebih limit dan terpaksa la cover balik utk next month. Besides, aku jugak catat duit yg masuk so taw la bile n berape banyak duit yg masuk 2. Walaupun still student n duit blanje bergantung pada PTPTN je aku still cuba utk simpan duit. Tak dapat simpan banyak, sikit pn jadi la drpd tak ade langsung. Duit simpanan ni la yg akan aku gune kalau2 terdesak dan ade kecemasan.

3) Blog : tak pernah terfikir pn nak tulis blog sebelum ni. Bagus jugak ade blog ni sebab dekat sini la tempat simpan memory mase tengah jadi student ni. Bukan tu je dekat sini jugak aku dapat share stories n knowledges. Sekarang aku lebih confident utk berkongsi cerita dgn orang.

4) Reading : since masuk seru ni aku start bace buku. English novel n buku2 ilmiah. Sebulan aku akan cuba bace 2 buku. Since bace english novel ni aku dapat rase english aku da improves n confident level utk bercakap bahasa inggeris pn bertambah. Buku2 ilmiah pula especially buku2 agama adalah utk tambah knowledge aku tentang agama Islam. Maklumlah kite ni name je Islam tapi bile tanye tentang sejarah Nabi yg kite sanjung2 2 pn terkebil2 nak jawab.

5) Goal : sebelom ni aku tak penah ambik kesah pasal goal. Yg taw nak dapat flying colour result je. Through coaching session aku sekarang dah taw ape yg aku betul2 nak dan kene capai buat mase ni. Bile dah ade clear goal baru la boleh focus utk achieve goal 2.

6) Self-confident : bile masuk seru ni abang amirul dan kak elin bagi galakkan utk volunteer dan berani kan diri utk angkat tangan dalam kelas. Kata mereka kalau sekali dah buat kite akan jadi suka utk angkat tangan. Dan memang betullah kate mereka 2. Sekali dah cuba sampai bile2 pn hilang terus rase takut 2. Aku jugak dah berani utk berkongsi pendapat depan khalayak, menjadi ketua dan menonjolkan diri bile membuat kerja kumpulan. Sebab kalau tak menonjol nanti kite akan jadi ahli yg tak berguna yg hanya menuggu arahan ketua  utk membuat kerja. Pada aku bile berade dalam kumpulan ni kite kene berkongsi pendapat bukan nye 100% ikut idea ketua.

7) About me : sebelum coaching sessions ni bermula kami ade dideahkan tentang care mengetahui character masing2. Aku ialah orang jenis sanguine, ESTP n type A(focuser). Dari situ aku dapat kenal diri aku yg sebenar. Tentang kelebihan dan kekurangan.

8) Coaching : selain drpd dapat kawan baru n dapat share experience dengan kawan baru, melalui coaching session ni aku jugak dapat tahu tentang goal aku, pandangan org terhadap aku yg selame ni aku tak pernah terfikir dan tentang hidup aku (wheel of life). In short, my life isn't perfect n way from it. Tapi aku akan improve dari semasa ke semase.

That's all from me. =)