Dah 2 minggu aku xtulis blog. Blog kali ni sepatutnye aku tulis minggu lepas tapi hari ni, Selase baru berkesempatan nak tulis. Cadang nye weekend lepas nak start study tapi keadaan tak mengizinkan. Demam menghadkan semua keje. Sepanjang aku demam aku hanya mampu tido dan bangun solat sahaje. Apabila aku beritahu mama, mama mengambil keputusan untuk mengambil aku bawa pulang ke rumah. Bukan kali pertama perkara mcm ni terjadi tapi dah banyak kali. Ternyata pulang ke rumah adalah 'ubat' yg paling mujarab buat aku. Mungkin jugak sebab duduk dekat kolej terperp je dalam bilik dgn udara luar tak masuk jadi punca aku demam. Disebabkan tu aku tak study betul2 weekend lepas. Tapi alhamdulillah demam aku tak berpanjangan. Thank you mama!
Minggu ni minggu terakhir lecture sebelum study week. Berbeza dengan sem lepas dan mase aku dekat asasi dulu. Usaha aku makin berkurang walaupun exam hampir tiba. Mungkin sebab aku sudah jemu dan sudah biasa dengan keadaan seperti ini. Kalau dulu mase SPM dan asasi aku bertungkus lumus belajar dari awal hingga akhir sebab nak improve result dan nak masuk universiti. Tapi sekarang aku rase aku sukar nak capai result yg cemerlang sebab pelajaran yg diajari tidak tercapai oleh akal fikiran aku. Aku sudah cube tapi ia diluar jangkaan aku. Dalam erti kata lain sebenar nye ia susah buat aku. Bukan lah beerti aku give up tapi aku tidak meletakkan harapan yg tinggi utk result sem 2 ni. Cukup lah lulus dan sangat bersyukur kalau dapat 3 pointer.
Weekend ni pula aku terpakse ikut pegi holiday family besar keluarga bapa aku. Semua orang hadir dan tiada alasan utk tidak pegi. Tak pe lah ni last aku bersuka ria, lepas ni aku akan terkurung utk sebulan. Aku berharap dan sentiasa berdoa agar aku tetap berusaha bersungguh2 sampai menara gading. Doakan aku ye!
Bye. Assalamualaikum =)
No comments:
Post a Comment