Sunday, 4 August 2013

Imam Hanbali

Assalamualaikum...


Minggu ni aku bace sebuah novel mengenai seorang tokoh sejarah. Ape yg aku boleh katakan adalah beliau seorang yg hebat.

  • Seorang yg rendah diri. Walaupun ditawarkan jawatan tinggi beliau tetap menolak. Selain itu, harta yg dihadiahkan oleh khalifah kepada beliau, beliau gunakan harta itu utk disedekahkan kpd fakir miskin. Sikap ini juga dpt dilihat apabila beliau dlm perjalanan pulang ke rumah setelah dibebaskan dari penjara. Beliau singgah di masjid utk bermalam di situ tetapi dihalau. Beliau tidak memberitahu org itu yg beliau ialah Imam Hanbali tetapi akur dgn arahan itu. 
  • Berpegang teguh kepada fahaman ahli sunnah wal jamaah. Diseksa selama bertahun2 dalam penjara dan diugut hukum bunuh sedikit pn tidak menggentarkan beliau utk merubah fahaman beliau kpd fahaman muktazilah.
  • Kuat beribadat. Beliau solat 300 rakaat setiap hari, menghafal quran sejak berumur 14 tahun, menghafal 700 000 lebih hadis. Walaupun berada dalam penjara dan diseksa beliau tetap kuat beribadat. 
  • Berjasa. Mengeluarkan kitab Al-Musnad iaitu diambil drpd 40 ribu hadis sahih yg beliau pilih. 
  • Bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Merantau ke negara2 lain utk menuntut ilmu. Kahwin lambat kerana mahu menuntut ilmu.

Kata2 seorang Arab Badwi kepada Imam Hanbali semasa beliau dlm penjara, "jika engkau dibunuh maka engkau mati syahid, dan jika engkau selamat maka engkau akan dipandang mulia". Kata2 ini yg membuatkan beliau terus bertahan dlm penjara.


Banyak lagi sebenar nye yg dpt dipelajari dlm sebuah novel yg nipis ni tapi yg dinyatakan kt atas 2 adalah antara nye. Reading, hobi baru masa lapang. 




No comments:

Post a Comment