Sunday, 25 August 2013

Lumrah Kehidupan

Assalamualaikum..

Minggu ni xbanyak activity yg aku buat. Cme dis week bz sikit susun jadual utk sem 3. Pening betul la haii. Baru fail 1 subject da effect sume. Xpe2, saba jela. Nak blajar mmg susah pn kn. So selain tu aku ddk rumah buat keje rumah n bace buku pape yg ptt, tgk tv 2 wajib n macam2 lagi la. Haha! Kalau kluar pn pegi jog je.

So dis week aku nak share bende yg bermanfaat yg aku ambik dri fb. Ade bnyak tapi ni antara nye la. Skg ni alhamdulillah fb aku banyak la jugak psl motivation n agama. So bile bukak fb 2 xde la buang mase bace status mengarut je. Hoho! Well fb boleh dijadikan medium utk berdakwah sbnr nye.

Sentuhan Prof Dr Muhaya, petikan dari Buku Biografi Inspirasi Prof Dr Muhaya..

..Tidak ada manusia yang tidak ada masalah kerana dunia ini bukan syurga. Hanya di Syurga tidak ada masalah. Tugas kita ialah apa respons kita terhadap masalah. Menjadi kewajipan orang beriman untuk tahu hikmah di atas segala masalah..


yela kte ni kan kalau ade masalah bukan main lagi beserabut, mengeluh dan macam2 lagi la. Tapi kte lupe hakikat bahawa bende ni adelah lumrah. Ia akan membuatkn kte lebih dewasa. Selain tu masalah jgk akan membuatkn kte mendekatkan diri dgn Allah. Bukan itu sahaja, dugaan yg kte alami akan menaikkan darjat kte di sisi Allah. InsyaAllah..

Tuesday, 20 August 2013

Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri

Assalamualaikum..


Aduhh cepat nye mase berlalu.. Sekejap je dah hari selasa, 13 syawal. Last week pny blog baru nak update harini. Haha! Straight to the point aku nak share ape yg aku buat last week yg bz sangat sampai xsempat nak update blog. Last Thursday aku g open house rumah mak angkat dekat bangi. Jauh aku g beraye kan. Haha!

Hari jumaat, aku plak buat open house. Hari khamis, lepas je balik dari open house around 9.30pm baru sampai rumah, rehat jap then terus tlg mama n baba prepare makanan utk open house esok nye. Pukul 2.30am baru tido. Baba lagi la dekat subuh agak nye baru dye tido. Then after subuh mama n baba terus sambung buat keje n aku tlg agak lambat sikit la. Huhu! Last dish done at 2.15pm. Tetamu first yg dtg ialah kawan2 tempat keje baba. Penuh jugak la rumah aku yg kecik ni. Then ptg sikit kawan2 adik aku plak dtg. Pun penuh jugak rumah. Lepas 2 adik beradik mama n then adik beradik baba. Last guess ialah kawan2 aku. Close house at 1am. Fuhhhh!! What a tiring day!!



MENU 
bihun sup, soto, nasi briyani, kari ayam, dalca, lemang, rendang ayam, mee goreng, nasi impit, kuah kacang, kuih ketayap, roti jala, kek, buah-buahan

*semua ni masak sendiri kecuali nasi briyani, kari ayam, dalca, lemang, kek dan buah-buahan*

Last Saturday, seharian kemas rumah gara2 open house semalam. Then waktu malam lepas mama balik keje terus g open house rumah pak ngah. In short, last week adalah minggu open house. Makan makan dan makan! I’ve gain weight! So semalam me n my friends decided to go for a jog at titiwangsa. Errr baru lari 1 round setgh da pancit n xlari dah. Haha the worst thing was after jog dorang ajak g breakfast dekat mamak. Ade ke makanan yg kurang calorie dekat mamak??? Errrr so aku order la horlick suam, n 2 half boiled eggs. N dorang makan ROTI CANAI! Baik xpayah jog! Typical Malaysian! -,-

Dalam kesenangan selain bersyukur kita kene ingat bahawa terdapat ramai org di luar sane yg berada dalam kesusahan. Terutama nya mereka yg berada di Mesir. Apa yg kita buat utk bantu mereka?? Adakah dgn membincangkan isu mereka yg berada di Mesir dapat membantu mereka?? dapat membantu mereka yg susah di luar sana?? Bantu lah mereka wahai hamba Allah sekalian dgn cara bersedekah dan berdoa. InsyaAllah nikmat kita tdk akan berkurang malah semakin bertambah. InsyaAllah.. 

Tuesday, 13 August 2013

Syawal Kini Menjelang

Assalamualaikum..

Seminggu sudah syawal berlalu. Baru arini berkesempatan menulis blog. Seperti biasa aku sekeluarga akan menyambut Aidilfitri di kampung halaman bersama tok dan tok wan aku. Waktu raye ni jela yg dapat jumpa mereka. Termasuk tahun ni sudah 5 tahun aku sekeluarga menyambut lebaran di Seberang Perai, Pulau Pinang semenjak nenek sebelah bapa aku meninggal dunia.

Tema tahun ni warna kuning. Tapi xsemua adik beradik mak aku pulang beraye bersama nenek aku tahun ni kerana tahun ni giliran mereka beraye di rumah mertua. Tapi alhamdulillah masih tetap meriah seperti setiap tahun. Aku pulang beraye 2 hari sebelum lebaran dan pulang semula ke KL pada raye ke-3.

Duit raye? Dah besar so dapat duit raye dari makcik2 sedare dan parents jela. Tapi aku tetap bersyukur drpd xdpt lgsg kan. Tahun ni duit raye ngam2 dapat rm100. Aku sampai KL ari sabtu lepas pukul 8.10pm. Balik 2 je terus layan bola Malaysia VS Barcelona. Da lame jugak aku xlayan bola sebenar nye. Tetbe je terlayan malam 2. Hahaha! Hari ahad pulak aku spend time dgn family. Dan semalam, isnin, aku sebok buat kerja rumah dan tlg masak. Waktu malam aku keluar dgn kawan aku pegi Midvalley to watch movie, Percy Jackson. Wangsa Walk penuh giler so tepakse la berubah arah ke Midvalley. Nasib pegi awal dlm 8.15pm. 2 pn ambik tiket pukul 10.15pm baru dpt sit yg best. Tiket yg awal2 sume ade sit depan je. N pukul 10.15pm semakin ramai org beratur nak beli tiket wyg. Bese la org still cuti raye lagi kn. Ok 2 je activity aku dis week. Salam =)

Sunday, 4 August 2013

Akhir Ramadhan

Assalamualaikum...

Di penghujung ramadhan ni kita kene muhasabah diri. Ape yg kita dapat sepanjang bulan ramadhan dan ape perubahan pada diri kita. Sedangkan bulan ramadhan syaitan terikat amalan kita banyak ni tambah pula bila syaitan dilepaskan. Setiap benda yg kita buat haruslah mendapat redha Allah. InsyaAllah...


Sedikit kata2 Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah..

Antara pesanan Saidina Ali RA : Di Hari Raya, usahlah sibuk nak pamer baju baru, tapi mari pamer perubahan baru yg Allah redha. Mari kita fokuskan pemikiran & kaji apakah perubahan yg akan kita lakukan pd pagi Raya nanti. Moga Allah mudahkan usha kita. Aamiin, wassalam.


Imam Hanbali

Assalamualaikum...


Minggu ni aku bace sebuah novel mengenai seorang tokoh sejarah. Ape yg aku boleh katakan adalah beliau seorang yg hebat.

  • Seorang yg rendah diri. Walaupun ditawarkan jawatan tinggi beliau tetap menolak. Selain itu, harta yg dihadiahkan oleh khalifah kepada beliau, beliau gunakan harta itu utk disedekahkan kpd fakir miskin. Sikap ini juga dpt dilihat apabila beliau dlm perjalanan pulang ke rumah setelah dibebaskan dari penjara. Beliau singgah di masjid utk bermalam di situ tetapi dihalau. Beliau tidak memberitahu org itu yg beliau ialah Imam Hanbali tetapi akur dgn arahan itu. 
  • Berpegang teguh kepada fahaman ahli sunnah wal jamaah. Diseksa selama bertahun2 dalam penjara dan diugut hukum bunuh sedikit pn tidak menggentarkan beliau utk merubah fahaman beliau kpd fahaman muktazilah.
  • Kuat beribadat. Beliau solat 300 rakaat setiap hari, menghafal quran sejak berumur 14 tahun, menghafal 700 000 lebih hadis. Walaupun berada dalam penjara dan diseksa beliau tetap kuat beribadat. 
  • Berjasa. Mengeluarkan kitab Al-Musnad iaitu diambil drpd 40 ribu hadis sahih yg beliau pilih. 
  • Bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Merantau ke negara2 lain utk menuntut ilmu. Kahwin lambat kerana mahu menuntut ilmu.

Kata2 seorang Arab Badwi kepada Imam Hanbali semasa beliau dlm penjara, "jika engkau dibunuh maka engkau mati syahid, dan jika engkau selamat maka engkau akan dipandang mulia". Kata2 ini yg membuatkan beliau terus bertahan dlm penjara.


Banyak lagi sebenar nye yg dpt dipelajari dlm sebuah novel yg nipis ni tapi yg dinyatakan kt atas 2 adalah antara nye. Reading, hobi baru masa lapang.