Friday, 25 October 2013

Volunteering

Assalamualaikum..

Last Oct 20th, aku dan kawan2 jadi volunteer from UM for Adidas Run. Xyah lari pn just kene buat keje sikit je. The truth is aku dan kawan2 join sbb dapat elaun n free tshirt Adidas. Cool kan? Hehehe

Event ni berlangsung dekat Sunway Piramid. Keje kte org cuma jadi 'cheer leader' je kt situ. Bagi semangat dekat runners utk lari. Duduk tepi jalan n sorak je. Tapi ddk tepi jalan dari pukul 4 pagi sampai 11 pagi kowt. Giler lame!! Da macam anak terbuang pn ade jugak. Hahaha!

It was such a good experience. Selalu ingat larian ni just org ramai2 berlari je but it is more than we expected. Ade macam2 kerenah rupe nye. Ade yg lari xpakai kasut, lari pakai full set baju melayu sekali dgn sampin, pakai skirt n tanduk n macam2 lagi la. Ade yg bawak camera n took our picture, ajak join lari same2 dgn dorg, yg paling dasyat siap tarik tangan lagi 2 sebab nak ajak lari same dgn dorang. Ade foreigner yg ensem n respond to our cheer =P, yg dah give up tapi bile dengar kte org bagi semangat they continue their run, they looked happy bile ade org cheer utk dorang n many many many more. I really enjoyed my day there.

coursemates

King of The Road 2013

empty road filled by me 

guys from UM

while waiting for the race to start...

Friday, 18 October 2013

Memorable Holiday

Assalamualaikum..

Cepat nye cuti da habis! =(

5 hari cuti raye haji sekelip mate je da habis.

UM da bagi holiday so balik rumah spend time dgn family jela kan. Name je bawak notes balik rumah tapi bukak nye mase 1st day holiday jela. Haha


went to cinema to watch KL Gangster 2 with family 

Malam raye haji di I-city

1st time datang sini. Amazed sangat tgk lampu2 kt sini (eh2 sape mamat 2? macam kenal je???)


before pegi I-City jalan2 dulu photoshoot dekat Setia City Mall. Hehe

Penutup raye haji ajak kawan2 datang rumah sbb da lame giler xjumpe mereka2 ni. Adorable people =)

6 JARS

Assalamualaikum dear readers…


Just wanna share with u guys that I already started my 6Jars. It happened since the day 6Jars being introduced by abg mirul to all the ‘freshie’ during UYT session season 3.

Seriously 6Jars ni membantu kte uruskan duit. Aku ade masalah BESAR nak uruskan duit. I always spend more than I should. Name je ade bajet setiap bulan n list kan ape yg da blanje, tapi sume 2 xjalan pn. Still jugak blanje terlebih3! Lepas dengar kali kedua psl 6 jars ni, then I realized I should make a move.

Kalau dulu divide duit utk blanje 90%, utk simpan 10% je. Skg ni blanje harian pn da ade limit, n kalau nak shopping bli tudung ke ape ke kene cek dulu ad x lebihan duit ‘spending’ or ‘fun n play’ kalau cukup baru la boleh shopping. Besides that, blanje mkn ttp blanje, shopping ttp shopping, utk eduation ttp blanje, simpanan utk future still ade, tapi utk ‘give’ still ade. ‘Give’ utk derma amal kebajikan or bagi parents ke still ade. But actually I want to give my money to my grandparents at the village. Mereka lebih memerlukan compared to my parents bcz my parents they both are working.

For those yg mengalami masalah nak uruskan duit(boros!) macam aku, aku nasihat kan plz follow the 6Jars rules. Sekarang kita bersenang2 sbb dapat duit dri scholarship n ptptn but later on we might be regret.


My 6 Jars (xjumpe jar so gune envelope je)

Sunday, 6 October 2013

UYT Season 3

Assalamualaikum..

UYT Season 3 was AWESOME!!! The new batch is AWESOME!!

Aku skg da jadi RSS(Real Sahabat Seru) utk 2nd batch which mean kene jadi coach utk new batch. I was chosen to be the coach for 6th group and Fasya is my partner. Among the 10 groups formed alhamdulillah aku dapat group yg sgt3 awesome. Mereka menamakan group mereka Star Infinte n Aqilah volunteer herself to become the group leader.

After we did some activities there, aku boleh nampak yg sume ahli group aku dpt memberi kerjasama n mereka sangat interested n excited utk join program ni. At first group aku cme ade 10 members je, temasuk seorang lelaki but then lagi 3 org baru dtg program 2. Kak elin suruh dorang join group aku so total 13 members in my group. Fuhhh!! ramai nye! Boleh ke nak handle?? I BELIEVE I CAN!!

At the end of the session we managed to get the highest score. Good job guys! Ni yg buat lagi semangat nak jadi coach dorang. But then 1 chinese girl tarik diri from joining dis program bcz she has other commitment. Sbb program ni mostly ari sabtu n clash dgn latihan softball dye so she decided not to join dis program. Wuu sedih nye awal2 lagi da kurang 1 member. So far yg confirm 12 members utk group aku. Group member yg plg ramai so far.

Our next session is on 23rd Nov. Sblm date 2 aku akan buat 1 perjumpaan group utk kenal mereka dgn lebih dlm n utk bagi taw mereka knpe mereka kene join seru dan jadi RSS mcm aku dan kawan2. Misi aku nak jadi kan group aku THE BEST GROUP n get recognized on stage during MHS. Best group maksud nye all the members are the best among others. InsyaAllah.. Amin.. =)

Coaches-Me n Fasya

My coachee

Star Infinite's members

Thursday, 3 October 2013

Student's Tips



STUDENT'S TIPS




:: TIPS BELAJAR for MUSLIM STUDENT! ::

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.


Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita.

3) Kembalikan cas-cas positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasa putus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada ‘salafus soleh’ terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema’ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembali, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudah apabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

……………………..……………………..………

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.